KEhiDUPan Guru

BLOG INI DIHASILKAN UNTUK BERKONGSI KEHIDUPAN DALAM DUNIA PERGURUAN / PENDIDIKAN

KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MEMPUNYAI PANDANGAN, IDEA,PENGALAMAN,PENGETAHUAN DAN GAMBAR/VIDEO UNTUK DIKONGSI BERSAMA..SAYA AMAT MENGALUKAN..




Saturday, December 19, 2009

>>> kOIR/CHOIR

Nota penting : Bab muzik iringan ini apa yang dilihat kebanyakkan guru terlepas pandang.
Berkemungkinan guru akan menggunakan minus-one atau menggunakan
kibod tetapi tidak dimainkan secara 'live'.

*** Selalunya kumpulan koir itu akan terus diistiharkan kalah sekiranya tidak mengikut syarat-syarat ini.(Jangan,kesian dekat bebudak latih tiap-tiap hari ,jadi cikgu-cikgu dan cikgi-cikgi ambil la perhatian bab ini.kalau tak reti main piano korang main la tabla ker,main kompang ker dalam pertandingan koir tu,mana tau kot-kot ada kelainan yang menarik.OK!)
Jadi cikgu yang bertanggungjawab perlu bijak menangani atau menyelesaikan masalah ini.

Pemarkahan

Baiklah,dari segi permarkahan cikgu2 boleh gunakan format di bawah sebagai panduan.
Setakat ini yang saya tahu skema permarkahan bagi pertandingan koir adalah tidak jauh beza.

1. Harmoni = 40 markah
2. Dinamik = 20 markah
3. Intonasi (Tone colour/pitching) = 10 markah
4. Imbangan = 10 markah
5. Tempo dan stabiliti (Attack/Release) = 10 markah
6. Sebutan = 5 markah
7. Ketrampilan = 5 markah


Lagu-lagu
**** Di atas adalah senarai lagu-lagu koir yang boleh digunakan untuk pertandingan koir.
Sebenarnya ada lagi lagu-lagu lain yang bersesuaian dijadikan lagu koir,cuma ia bergantung
kepada kreativiti cikgu-cikgu semua.OK!

No comments:

Post a Comment