KEhiDUPan Guru

BLOG INI DIHASILKAN UNTUK BERKONGSI KEHIDUPAN DALAM DUNIA PERGURUAN / PENDIDIKAN

KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MEMPUNYAI PANDANGAN, IDEA,PENGALAMAN,PENGETAHUAN DAN GAMBAR/VIDEO UNTUK DIKONGSI BERSAMA..SAYA AMAT MENGALUKAN..




Monday, December 21, 2009

>>> REKODER ENSEMBLE


** Sebelum cikgu2 menyertai pertandingan rekoder ,cikgu2 perlu tahu..kelengkapan yang ada di sekolah cikgu2 sendiri adakah mencukupi,untuk memberi saingan kepada kumpulan muzik sekolah lain yang menyertai,jikalau hanya sekadar 'hentam sajalah apa yang ada..'mm. baik cikgu2 jangan sertai..kalau tak kesiankan diri sendiri,cikgu2 kesiankan la dekat bebudak yang bersusah payah menjalani latihan tu..kerana sebenarnya bebudak tuh menaruh kepercayaan penuh kepada gurunya dalam memperoleh kejayaan dalam sesuatu pertandingan..

Baiklah, kelengkapan asas yang perlu ada, semestinya REKODER.
Rekoder ni pulak untuk pengetahuan cikgu,terdapat beberapa jenis,diantaranya ialah:-



1. SOPRANINO - rekoder yang mempunyai saiz yang paling kecil.
2. SOPRANO - ini rekoder yang biasa digunakan dalam silibus pengajaran.
3. ALTO - saiz ke-3 terbesar dalam keluarga rekoder.
4. TENOR - rekoder ke-2 terbesar yang juga merupakan ibu kepada rekoder lain.
5. BES - rekoder bes adalah rekoder yang terbesar dalam keluarga rekoder. ( rupabentuk seakan seksefon )

Sekiranya cikgu2 ada semua keluarga rekoder ini,saya percaya tugas cikgu untuk mencipta tone dan dinamik lagu lebih mudah.tetapi jikalau tidak ada cukup la sekadar rekoder soprano dan sopranino atau soprano dan alto...dengan kebijaksanaan cikgu,pasti cikgu dapat menghasilkan gubahan yang menarik.


*** Ahli kumpulan rekoder ensemble dittetapkan antara 10 ke 30 orang ahli..seperti yang saya nasihatkan..maksimum kan jumlah anggota,kerana kekuatan anggota juga memberikan sumbangan terhadap kualiti bunyi yang dihasilkan.

*** Alat muzik iringan seperti kibod,piano, gitar dan perkusi dibenarkan.tetapi dengan syarat mesti dimainkan secara 'life'.Buat masa ini apa yang saya tahu,penggunaan muzik iringan hanya dibenarkan satu alat sahaja..bagi sekolah2 yang berada di luar kawasan Pulau Pinang saya tidak pasti..tetapi jika dibenarkan untuk memainkan 2 atau lebih alat muzik iringan yang lain..anda memang bertuah..

*** Muzik rekoder ni bagi cikgu-cikgu baru atau atau masa pertandingan singkat.,cikgu2 boleh mencari lagu yang menggunakan not yang berulang-ulang seperti lagu 'Anak Ayam' dan sebagainya..Haaa.untuk pengetahuan cikgu2 kalau kener dengan ritma,gaya persembahan,style atau dikenakan sentuhan baru...pasti menghasilkan persembahan yang menakjubkan..

*** Selain itu pada pendapat saya, cikgu boleh juga menggunakan lagu-lagu dari 'key' yang sama untuk diMedleykan (menggabungkan 2 atau 3 lagu yang berbeza)...lagu yang diMedleykan selalunya menghasilkan persembahan yang agak menarik..

1 comment:

  1. slm cikgu..berapa minit selalunya masa diberikan??

    ReplyDelete