KEhiDUPan Guru

BLOG INI DIHASILKAN UNTUK BERKONGSI KEHIDUPAN DALAM DUNIA PERGURUAN / PENDIDIKAN

KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MEMPUNYAI PANDANGAN, IDEA,PENGALAMAN,PENGETAHUAN DAN GAMBAR/VIDEO UNTUK DIKONGSI BERSAMA..SAYA AMAT MENGALUKAN..




Thursday, June 18, 2015

> MUZIK TAHUN 6 - PENGHARGAAN ESTETIK

#Menghuraikan ciri-ciri dan elemen yang terdapat dalam lagu

Diantara elemen yang terdapat dalam lagu:

1.WARNA TON

Warna ton ialah bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber seperti:
suara manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi dan lain-lain lagi yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Bunyi mempunyai mutu yang berlainan iaitu:
ton gelap, padat, cerah, garau, kasar, nyaring dan lain-lain lagi.

Hasil dan mutu bunyi dipengaruhi oleh bahan-bahan alat itu dibuat, cara alat dibuat dan dibunyikan seperti
  • membranofon - gendang, dram
  • idiofon - kerincing, gong
  • aerofon - flut, clarienet, trumpet
  • kordofon - gitar, piano, harp, gambus

2.TEKSTUR

Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar.

Sesuatu bunyi yang didengar yang memberi bunyi nipis ( 1 lapisan seperti solo) dan bunyi tebal ( banyak lapisan seperti duet, trio, kuartet, orkestra dan koir).

Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni:

  • Monofoni ialah satu bunyi yang sama.
  • Homofoni ialah melodi yang diiringi oleh alat seperti piano ataupun gitar.
  • Polifoni ialah dua ataupun lebih melodi dibunyikan serentak.



3.TEMPO

Tempo adalah kelajuan Beat, biasanya dinyatakan dalam Beats Per Saat (BPM). Sebagai contoh, pada 120 BPM akan ada 120 denyutan dalam satu minit. Tempo juga boleh dinyatakan secara lisan dengan perkataan-perkataan seperti Perlahan-lahan, Cepat, Allegro atau Largo.

 



 



  

#7 ELEMEN YANG TERDAPAT DALAM LAGU/MUZIK

#KUIZ MENGECAM ALAT MUZIK/WARNA TON

#KUIZ MENGENAL ALAT MUZIK

No comments:

Post a Comment