KEhiDUPan Guru

BLOG INI DIHASILKAN UNTUK BERKONGSI KEHIDUPAN DALAM DUNIA PERGURUAN / PENDIDIKAN

KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MEMPUNYAI PANDANGAN, IDEA,PENGALAMAN,PENGETAHUAN DAN GAMBAR/VIDEO UNTUK DIKONGSI BERSAMA..SAYA AMAT MENGALUKAN..




Wednesday, June 17, 2015

> REKORDER

PENGENALAN

Apakah itu rekorder?Rekorder adalah sejenis alat muzik yang ditiup menggunakan mulut dan mempunyai tujuh lubang yang ditutup dengan jari.Rekorder terletak dalam keluarga yang sama dengan seruling.Rekorder sangat terkenal semasa abad ke-18 atau dikenali sebagai era Baroque

Rekorder selalu dimainkan dalam acara seperti keramaian,kematian dan perkahwinan.Sekarang, di Malaysia muzik mula diterapkan dalam pembelajaran sekolah rendah dan di sekolah menengah disediakan kelas khas untuk kelas pelajar muzik.Murid sekolah rendah juga mula diajar bermain rekorder semasa mereka berada di tahap 4.Bagaimanakah rupa rekorder?Lihat Rajah 1.


RAJAH 1

 

Namun di zaman moden ini,rekorder mula dihasilkan menggunakan  plastik agar lebih tahan lama dan senang untuk dibersihkan.Namun,kualitinya tidak sama seperti rekorder kayu.Rekorder kayu lebih merdu bunyinya tetapi rekorder plastik jenama Aulos dan Yamaha menghasilkan bunyi yang hampir sama kualitinya dengan rekorder kayu.Lihat Rajah 2.

RAJAH 2

RAJAH 3
 Rajah 3. Menunjukkan rekorder yang terdiri daripada pelbagai saiz.

PENJARIAN REKORDER- Klik
> KUIZ PERMAINAN ALAT MUZIK - klik
> KUIZ PERMAINAN NOT PADA BALUK - klik




No comments:

Post a Comment