KEhiDUPan Guru

BLOG INI DIHASILKAN UNTUK BERKONGSI KEHIDUPAN DALAM DUNIA PERGURUAN / PENDIDIKAN

KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MEMPUNYAI PANDANGAN, IDEA,PENGALAMAN,PENGETAHUAN DAN GAMBAR/VIDEO UNTUK DIKONGSI BERSAMA..SAYA AMAT MENGALUKAN..




Thursday, August 6, 2015

> SUDUT TMK tahun 4 MENJAGA KESELAMATAN DATA

5.0 MENJAGA KESELAMATAN DATA KOMPUTER - ANTIVIRUS 

Pengenalan

Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan.  

Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. 

 

Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data

 

CONTOH SERANGAN VIRUS



 

 

11 JENIS-JENIS VIRUS KOMPUTER

adware

backdoors,

 malicious BHO's

dialers,

 fraudtools,

 hijackers

keyloggers, malicious LSPs ,

 rootkits

spyware,  

trojan horses 

 worms

 

 

LAKONAN WATAK- http://www.youblisher.com/p/1096831-TAHUN-4-TMK-DK-5-0-KESELAMATAN-DATA-DAN-KOMPUTER/  

 

Keselamatan Komputer - cara  menjaga

Beberapa perkara di bawah pastinya anda telah ketahui namun perlu diingatkan semula agar dijadikan amalan bagi menjaga keselamatan komputer, data maklumat dan sebagainya.

1. Antivirus - gunakan yang berlesen dan jika boleh hindarkan perisian antivirus yang percuma. Terdapat ramai pengguna cuba menginstall / memasang antivirus percuma dengan memuat turunnya di internet. Apa yang berlaku, bukan antivirus yang dimuat turun tetapi virus !! Anda juga di saran kuat memasang perisianantispyware.




2. Kata laluan (password) yang kuat. Ini bermakna, kata kunci anda bukan mudah dan dapat difikir oleh orang lain. Sebagai contoh menggunakan nombor ic / kad pengenalan sebagai kata kunci. 

3. Buat sandaran data - Sentiasalah buat  sandaran data (data backup) kerana malang adalah tidak berbau. Antara cara yang mudah adalah menyimpan di dalam cakera keras luaran (external hard disk) dan di dalam thumbdrive. Pastikan juga , data penting tidak disimpan di dalam sistem (local C:). Sebaiknya simpan data di dalam ruang simpan yang lain pada cakera keras (pemacu d: contohnya) Ini kerana jika pc / laptop perlu diformat, hanya pemacu c: yang akan diubah kerana di dalam bahagian inilah sistem komputer disimpan. 

4. Berhati-hati ketika memuat turun - Pastikan hanya kawasan/laman web  untuk memuat turun yang dipercayai selamat sahaja digunakan. J

5. Email yang tidak diketahui punca datang - Email jenis ini juga disebut sebagai SPAM. Email jenis ini biasanya  datang dengan tajuk yang menggoda danmerisaukan anda. Menggoda dengan tawaran hadiah atau wang yang lumayan dan merisaukan anda dengan mengatakan maklumat bank anda perlu untuk dikemaskini kerana jika tidak anda akan menghadapi masalah. 

6. Jangan 'online' bila anda tidak 'online' - Jika anda tidak menggunakan komputer, PASTIKAN ia tidak berada dalam keadaan online. Putuskan talian kerana anda tidak akan tahu bila ada seseorang memerhatikan anda. Jika anda tidak sign out seb

7. Tutup komputer dengan cara betul - berikan sedikit masa untuk menutup komputer dengan cara yang betul. Menutup komputer secara tergesa-gesa boleh menyebabkan cakera keras(hard disk) anda rosak sedikit demi sedikit. 


1 comment: