KEhiDUPan Guru

BLOG INI DIHASILKAN UNTUK BERKONGSI KEHIDUPAN DALAM DUNIA PERGURUAN / PENDIDIKAN

KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MEMPUNYAI PANDANGAN, IDEA,PENGALAMAN,PENGETAHUAN DAN GAMBAR/VIDEO UNTUK DIKONGSI BERSAMA..SAYA AMAT MENGALUKAN..




Monday, October 31, 2011

> LAGU RAKYAT/MITOS DAN LAGENDA

Lagenda Puteri Santubong

Mengikut lagenda, Puteri Santubong & Puteri Sejenjang sebenarnya adalah 2 orang puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang putera mereka, selepas ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.






Memandangkan dalam pelarian 9 orang “Putera & Puteri” ini ingin menuju ke Tanah Melayu yang terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah sepakat meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka di satu kawasan dekat dengan Kuching kini, iaitu di Bukit Santubong.

Orang-orang Sarawak (Dayak) yang selalu ke kawasan bukit tersebut merasa hairan dengan kehadiran 2 puteri cantik yang belum pernah ditemui mereka, dan menganggap kedua-dua puteri itu “Turun Dari Kayangan” dan merupakan “Penjaga Gunung Sarawak” (yang muncul dalam lirik lagu Puteri Santubong).

Kedua dua puteri ini pada mulanya hidup aman tetapi lama kelamaan menjadi musuh kerana masing masing mempertahankan kecantikan mereka dan mengaku mereka paling cantik di dunia. Kerana bergaduh, seorang daripada mereka telah berpindah ke sebuah bukit lain diberi nama Bukit Sejenjang.
Perbalahan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya membawa kepada kematian apabila kedua duanya saling berbunuhan antara satu sama lain. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.


LIRIK:
Oh……
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.
Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.
Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.

MINANGKABAU


Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua perkataan, iaitu,minang yang bermaksud "menang" dan kabau untuk "kerbau". Menurut lagenda, nama ini diperolehi daripada peristiwa perselisihan di antara kerajaan Minangkabau dengan seorang putera dari Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di Melayu. Untuk mengelakkan diri mereka daripada berperang, rakyat Minangkabau mencadangkan pertandingan adu kerbau di antara kedua pihak. Putera tersebut setuju dan menonjolkan seekor kerbau yang besar dan ganas. Rakyat setempat pula hanya menonjolkan seekor anak kerbau yang lapar tetapi dengan tanduk yang telah ditajamkan. Semasa peraduan, si anak kerbau yang kelaparan dengan tidak sengaja merodok tanduknya di perut kerbau itu kerana ingin mencari puting susu untuk meghilangkan kelaparannya. Kerbau yang ganas itu mati dan rakyat tempatan berjaya menyelesaikan pergelutan tanah dengan cara yang aman.
Bumbung rumah adat Minangkabau yang dipanggil Rumah Gadang, (Rumah Besar) memiliki rupa bentuk yang unik kerana ia menyerupai tanduk kerbau.Terdapat juga prinsip-prinsip tertentu dalam pembinaan rumah adat Minangkabau[5]


pakaian orang perempuan minang

LAGU: AYAM DEN LAPEH
Luruihlah jalan Payakumbuah
Babelok jalan Kayu Jati
Dima hati indak kan rusuah
Ayam den lapeh, ohoi … ayam den lapeh
Mandaki jalan Pandaisikek
Manurun jalan ka Biaro
Di ma hati indak maupek
Awak takicuah, ohoi … ayam den lapeh
Reff:
Sikua capang sikua capeh
Saikua tabang sikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Ai lah malang juo
Pagaruyuang jo Batusangka
Tampek mandaki dek urang Baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo
Den sangko lamang nasi tuai
Kironyo tatumpah kuah gulai
Awak ka pasa alah usai
Oi lah malang denai
O hoi … ayam den lapeh
O hoi … ayam den lapeh





> ANAK TUPAI : klik


> ULEK MAYANG : klik




Wednesday, October 26, 2011

> MINGGU BAHASA ( action song )

PERTANDINGAN ACTION SONG

Action Song adalah salah satu persembahan muzik yang biasanya melibatkan murid2 tahap 1.Melakukan gerakan berdasarkan lirik lagu yang dinyanyikan...






Markah dinilai dari segi.:

1. Keseragaman.= Murid perlu menyanyi dan melakukan gerakan seragam  berdasarkan lirik lagu

2. Kreativiti.= Pergerakan perlu kreatif

3. Prop = Prop disini hanyalah.sebagai bahan bantuan persembahan tapi walaupun ia sebagai bahan bantuan,ia masih penting dalam menentukan markah dalam menilai sesuatu persembahan.

4. Ekspresi = yang ini paling penting,murid perlu feel dengan lagu tu. Nyanyian dan gerakan perlu ada daya ekspresi gembira,riang...kalau boleh cari lagu2 yang boleh buat banyak gerakan riang agar persembahan boleh menampakkan kegembiraan murid..Ekspresi muka sangat2 dititik beratkan.

5. Teknikal = Part nie..perlu dijaga dengan teliti,contohnya muzik atau minus one,lepas tuh radio,speaker,mic...plug/cabel...semua nie kena teliti betul2....kalau persembahan menarik macamana pun kalau teknikal ada problem...confirm kalah punya...kesian kat bebudak...berlatih teruk2...setidak2nya biarlah kekalahan kita tuh...tak berpunca dari masalah2 teknikal nie...k



> LDP KSSR



Berbincang teknik pengajaran dan pembelajaran KSSR Muzik



RUJUKAN KSSR

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN KSSR MUZIK TAHUN 1

LAGU KSSR DUNIA MUZIK TAHUN 1

LAGU KSSR DUNIA MUZIK TAHUN 2



Monday, October 24, 2011

> HARI SUKAN SEKOLAH 2011





Mm...,dapat jugak budak2 aku mengikut teknik LONTAR PELURU yang aku ajar




Ini dia barisan kontijen Rumah Satria yang menjadi taruhan aku selaku Ketua Rumah Sukan Satria( rumah hijau) the GLADIATOR..keh..keh..keh..


Bersiap sedia...semua..!!! kuatkan semangat..!!


Go GLADIATOR go...



Diberi tentangan hebat oleh kumpulan Mark of Zorro rumah merah atau rumah wira


Kontijen MAMEE MONSTER cuba memberi saingan


Nie kontijen Panglima Melayu...rumah kuning


Ok,selalunya dalam aktiviti sukan macam nie, mesti ada jugak genre-genre muzik yang digunakan..Yang pasti first sekali lagu perbarisan confirm guna masa nie...jadi..guru-muzik tak pun guru yang kena incharge PA sistem..mesti mencari2 lagu untuk perbarisan..

Selalunya guru muzik la yang akan menjadi sumber rujukan bab2 lagu nie..antara lagu yang selalu digunakan masa Hari sukan sekolah ni ialah :-

1. Lagu Perbarisan
2. Lagu Negaraku
3. Lagu Negeri
4. Lagu Sekolah
5. Lagu sepanjang sukan berlangsung..apa2 saja yang rancak..bagi memeriahkan lagi suasana.jangan pasang lagu sedih2 pulak...tak kena plak dengan suasana.



Ini contoh lagu yang digunakan semasa perbarisan kumpulan GLADIATORS nie..nak bagi nampak lebih digeruni dengan prop yang bebudak nie pakai..sesajer untuk memeriahkan suasana.









Aku and the geng, hakim penamat...standby..


Peserta rumah hijau...mantap..


Penuh bergaya...


Sprinter aku injured plak dah..takper..hembus2 jampi2 skit









> SAMBUTAN HARI GURU


Dapat jugak cenderahati. dari GB - (receiving sourvenir from Principal )



ni koir on the spot bebudak...nyanyian santai...lagu terima kasih guru







semua berpengalaman niee....


Acara gaya teh tarik...selingan Hari guru...aku  JUARA....hahaha


Persembahan unplugged guru dan murid..guna  gitar jer .Aku dengan Syafiq


Yang nie,pelakon tambahan...on the spot jer..memang spotting habis bebudak nie..

Monday, October 10, 2011

> HARI ANUGERAH SK SG NIBONG

MY BELOVED CHOIR GURL
( 1 Malaysia )













Our Song ; You Raised Me uP




Kumpulan Tarian Murid-murid Tahap 1





Kumpulan Nasyid