KEhiDUPan Guru

BLOG INI DIHASILKAN UNTUK BERKONGSI KEHIDUPAN DALAM DUNIA PERGURUAN / PENDIDIKAN

KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MEMPUNYAI PANDANGAN, IDEA,PENGALAMAN,PENGETAHUAN DAN GAMBAR/VIDEO UNTUK DIKONGSI BERSAMA..SAYA AMAT MENGALUKAN..




Thursday, December 22, 2011

> SPBT 2012

Huh..lenguh jugak buat kejer SPBT nie..banyak benda nak kener buat..dan banyak benda jugak aku kena belajar..haii...camner la plak aku bleh dapat jawatan guru SPBT plak nie...ingat kalau jadi ajk ker pembantu ker bleh la..belajar lagi..nie tup..tup..lompat pegang SPBT terus...


tulis no.perolehan buku....

 buku baru format KSSR

nak kata apa...terima jer la..sumer PK2 dan guru besar dah bincang dan set up...takkan nak tolak plak...harap aku dapat membantu la ..bila dah diberi tugas nie...satu benda baru yang perlu aku belajar..sok kalau orang sembang pasal buku SPBT..taula aku pun....


apapun tugas yang aku dapat...aku cuba buat yang terbaik...mm...kene cari orang pengalaman la...tanya apa nak buat..



29/12/2011
 - persediaan untuk Hari Orientasi Tahun 1  Kemasukan 2012


 Susun dan ikat siap2 set buku Tahun 1


30/1/2011 
- sambung kerja mengikat sampai selesai


 Boleh tahan jugak la kerja ikat mengikat nie.




 selesai erghhh...

31/1/2011
- Hari Orientasi Tahun 1
- buku nak bahagi kat budak2 Tahun 1




 edar buku kat ibubapa mengikut kelas

ramai cikgu2 yang membantu

4/1/2012
- hari pertama persekolahan
- sekolah sesi petang Tahun 1,2 dan 3



macam biasa ni part budak Tahun 2 plak aku kena ikat siap2 buku teks dan bagi setiap murid (aku dah siap ikat semuanya dah,cikgu masuk ambik kat budak jer...senang kejer cepat settle) 


5/1/2012
- baik pulih buku2 rosak

 sayang banyak buku2 yang rosak

 nie la manusia bila dah diberi kemudahan tak reti nak menghargai,budak2 kat negara miskin tuh nak belajar buku pun tak ada...ni bila dah di beri buku pinjaman tak reti nak jaga elok2..

antara buku yang nak dilupuskan..nie baru sikit nie..

ISNIN - 9/1/2012 
Mesyuarat SPBT dekat S.K Balik Pulau

ISU :- 

1. Pelajar yang akan bertukar ke luar dari Pulau Pinang - hanya perlu diberikan buku DBP shj.
                                                                                    - pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 ( KSSR)

2. Buku SAINS dan MATEMATIK Tahun 4 versi bahasa Melayu - guru boleh menggunakan mana2 medium bahasa.
- tidak boleh m'buat pelupusan bagi buku BM/BI.

3. Buku Terbitan Baru yang mengandungi kerosakan - perlu terus menghubungi pengedar krn. tempoh jaminan 24 bulan boleh dilakukan untuk mendapatkan buku yang baru.

4. **** ( Perlu mengumpul data 2013 ) - dapatkan pada PK HEM

5.**** IMATEX - laporan online dgn. buku teks ( tempoh 1 bulan ) BPT ONLINE

6. Mendapat laporan dari PPD - banyak sekolah tidak kemaskini buku stok
                                                - sistem fail ( 9 fail )
                                                **** perlu rujuk fail pengurusan ( buku merah )

JUMAAT - 13/1/2012

- pengagihan dan pertukaran buku rosak pada murid2.

SABTU- 14/1/2012




Tuesday, December 20, 2011

21/12/2011- LDP KSSR

Hari nie LDP KSSR untuk semua subjek...mm.

KSSR MUZIK TAHUN 1
http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/images/stories/Rancangan_Tahunan_muzik_Selangor%5B1%5D%202011.pdf

KSSR MUZIK TAHUN 2
http://syazalina83.blogspot.com/2011/10/lagu-kssr-dunia-muzik-tahun-2.html

- muzik rekoder dah start masa Tahun 3 dah...




- Guru Besar En.Khozairi beri taklimat

  • EMIS online 
  • Pertukaran Guru ( E-operasi ) permohonan 1 April - 30 April 2012 
  • EMIS - letakkan gambar terkini
  • mengisi SBPK-sistem saraan baru
  • SKT-ppd barat daya-penyeliaan prestasi 
  • Penyedian kertas soalan sendiri
  • Bahagian PILIHANRAYA - tidak dibenarkan berada di sekolah bagi yang tidak terlibat dengan pilihanraya
  • cuti 7 hari.MC 15 hari

20/12/2011-MESYUARAT GURU

Hari nie Just bagi handout dan adala di ceritakan skit2 bab perancangan 2012

TUGASAN/JAWATAN TAHUN 2012

1. GURU SPBT
2. GURU MATA PELAJARAN MUZIK
3. PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN
4. GURU KELAB SPBT
5. GURU TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
6. KETUA RUMAH SUKAN SATRIA
7. AJK SIARAYA
8. SETIAUSAHA PANITIA MUZIK