Terima kasih Tuan
Pengerusi Majlis. Yang
Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan
seperjuangan sekalian. Assalamualaikum
dan Salam 1 Malaysia. Pada pagi yang mulia ini, saya merakamkan penghargaan
kerana diberi kesempatan menyampaikan sepatah dua kata pada majlis yang
bermakna ini.
Jasa guru tidak
dapat dihitung dengan jari. Guru lah menyebabkan kita mengenal huruf dan angka.
Huruf yang diajar, dikembangkan menjadi suku kata, perkataan dan seterusnya
ayat. Menerusi huruf, kita mampu mengira ribuan angka. Semuanya kita peroleh
menerusi dedikasi guru yang berterusan mendidik tanpa mengenal penat dan lelah.
Cikgu-cikgu yang dikasihi,
Pengorbanan guru bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan
untuk kita lulus dalam menghadapi peperiksaan sahaja, tetapi juga untuk
membentuk akhlak kita untuk menjadi insan yang berhemah, tahu menghargai orang
tua, dan mencintai tanah air kita. Sebab itulah setiap kali perhimpunan, para
guru akan menegur kita sekiranya kita melakukan sesuatu kesalahan.
Guru ibarat ibu
bapa kita. Guru telah diberi amanah oleh ibu bapa kita untuk memastikan
kita menjadi seorang insane yang berguna di masa hadapan. Sepanjang kami berada
di sekolah, mungkin ada tingkah laku kami yang melukakan hati cikgu. Saya mewakili teman-teman yang lain
menyusun jari memohon ampun atas segala kesalahan yang kami telah lakukan.
Para guru dan
rakan-rakan yang disayangi,
Pada majlis ini,
kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Tuhan dengan tubuh badan yang
sihat. Malah kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami agar
menjadi insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh,
seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR kelak.
Demikianlah serba
sedikit ucapan dari anak muridmu di pagi yang mulia ini. Sebelum mengundur
diri, ingin saya pohon beribu ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa lalu
menyinggung perasaan cikgu-cikgu yang dikasihi.
Di Mana Ada
Kemahuan,
Di Situ Ada Jalan;
Jasamu Guru Tak Akan Dilupakan,
Budimu Guru Sentiasa Dalam Ingatan.
Di Situ Ada Jalan;
Jasamu Guru Tak Akan Dilupakan,
Budimu Guru Sentiasa Dalam Ingatan.
Sekian.
sajak:Cikgu
cikgu kita,semuanya
tiada lepas siksa
suka dan duka silih berganti
sudah takdirnya yang maha suci
tetapi,cikgu kita
sememangnya..berusaha
bahagia tak kan datang sendiri
jika kita tiada mencari
korus
ooo..ooo..oooo
berdepan pelbagai cubaan
oooo..ooo..0000
Membentuk bangsa berwawasan,
Cikgu kita,semuanya
tegas dan berwibawa
baikbudi berhati mulia
Engkau penyuluh hidup anak
bangsa
Ulang korus
sajak2:
SAJAK
Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu
Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu
Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik
Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti
Guru, kau seorang insan yang teristimewa
Baktimu kalahkan bak gunung Everest
Jasamu tidak ternilai harganya
Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu
Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat
Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental
Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan
Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisnya
Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa
Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha
Kau berkaliber dan berhati mulia
Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu
Guru, kau seorang yang bersemangat waja
Kesabaranmu membuat kau betah untuk meneruskan perjuanganmu
Demi membela anak bangsamu untuk maju ke hadapan
Kau sememangnya seseorang yang patut dihargai
Semoga Hari Guru ini akan membuat kau bahagia dan gembira
Doaku agar kau sekalian diberi rahmat dan hidayah dari Illahi
Dengan melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar GURU...

Pantun Hari Guru
Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.
Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.
Hendak berburu ke luar kota ,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.
Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.
Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.
Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.
Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.
Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.
nasyid:
Guruku
Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku
Chorus:
Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu
Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi
Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku
Chorus:
Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu
Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi
Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku
Lirik Lagu Sabar – Wani ft Hafiz
Bila ku terkeliru dengan keadaan
Manakah itu benar yang mana itu bukan
Manakah itu benar yang mana itu bukan
Usah kau rasa binggung
Usah kau gelisah
Yakinlah saja padanya
Hadapi dengan sabar
Usah kau gelisah
Yakinlah saja padanya
Hadapi dengan sabar
Semua terjadi adalah
Dengan izinnya tuhan
Dengan izinnya tuhan
Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap yang belaku
Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap sesuatu yang belaku
Hidup didunia ini penuh dengan cubaan (cubaan)
Harusnya kita menjaga titik kebaikan

Andai timbul keadaan yang makin mencabar
Akan ku hadapi semua penuh dengan sabar
Akan ku hadapi semua penuh dengan sabar
Semua yang terjadi adalah
Dengan izinnya tuhan
Dengan izinnya tuhan
Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap yang belaku
Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap sesuatu yang belaku
Kerana ada hikmah disebalik setiap yang belaku
Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap sesuatu yang belaku
Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap yang belaku
Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap sesuatu
Kerana ada hikmah disebalik setiap yang belaku
Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap sesuatu
Senyumlah selalu (senyumlah selalu)
Senyumlah selalu (senyumlah selalu)
Senyumlah selalu
Senyumlah selalu (senyumlah selalu)
Senyumlah selalu