#Menghuraikan ciri-ciri dan elemen yang terdapat dalam lagu
Diantara elemen yang terdapat dalam lagu:
1.WARNA TON
Warna ton ialah bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber seperti:
suara manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi dan lain-lain lagi yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Bunyi mempunyai mutu yang berlainan iaitu:
ton gelap, padat, cerah, garau, kasar, nyaring dan lain-lain lagi.
Hasil dan mutu bunyi dipengaruhi oleh bahan-bahan alat itu dibuat, cara alat dibuat dan dibunyikan seperti
membranofon - gendang, dram
idiofon - kerincing, gong
aerofon - flut, clarienet, trumpet
kordofon - gitar, piano, harp, gambus
2.TEKSTUR
Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar.
Sesuatu bunyi yang didengar yang memberi bunyi nipis ( 1 lapisan seperti
solo) dan bunyi tebal ( banyak lapisan seperti duet, trio, kuartet,
orkestra dan koir).
Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni:
Monofoni ialah satu bunyi yang sama.
Homofoni ialah melodi yang diiringi oleh alat seperti piano ataupun gitar.
Polifoni ialah dua ataupun lebih melodi dibunyikan serentak.
Apakah itu rekorder?Rekorder adalah sejenis alat muzik yang ditiup
menggunakan mulut dan mempunyai tujuh lubang yang ditutup dengan
jari.Rekorder terletak dalam keluarga yang sama dengan seruling.Rekorder
sangat terkenal semasa abad ke-18 atau dikenali sebagai era Baroque
Rekorder selalu dimainkan dalam acara seperti keramaian,kematian dan
perkahwinan.Sekarang, di Malaysia muzik mula diterapkan dalam
pembelajaran sekolah rendah dan di sekolah menengah disediakan kelas
khas untuk kelas pelajar muzik.Murid sekolah rendah juga mula diajar
bermain rekorder semasa mereka berada di tahap 4.Bagaimanakah rupa
rekorder?Lihat Rajah 1.
RAJAH 1
Namun di zaman moden
ini,rekorder mula dihasilkan menggunakan plastik agar lebih tahan lama
dan senang untuk dibersihkan.Namun,kualitinya tidak sama seperti
rekorder kayu.Rekorder kayu lebih merdu bunyinya tetapi rekorder plastik
jenama Aulos dan Yamaha menghasilkan bunyi yang hampir sama kualitinya
dengan rekorder kayu.Lihat Rajah 2.
RAJAH 2
RAJAH 3
Rajah 3. Menunjukkan rekorder yang terdiri daripada pelbagai saiz.