KEhiDUPan Guru

BLOG INI DIHASILKAN UNTUK BERKONGSI KEHIDUPAN DALAM DUNIA PERGURUAN / PENDIDIKAN

KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MEMPUNYAI PANDANGAN, IDEA,PENGALAMAN,PENGETAHUAN DAN GAMBAR/VIDEO UNTUK DIKONGSI BERSAMA..SAYA AMAT MENGALUKAN..




Sunday, December 20, 2009

>>> NASYID




SYARAT PERTANDINGAN NASYID

Buat masa ni yang saya tahu syarat pertandingan adalah seperti berikut:-
a) Alat muzik-alat mzik yang dibenarkan adalah alat muzik genderang seperti:-
- Barakas
- Konga
- Marakas
- Chimes
- kompang
- Gendang
dan banyak lagi.











Ini merupakan alat-alat muzik asas bagi muzik nasyid.

*** Penggunaan kibod tidak diterima saya pun tidak pasti apakah logiknya kibod tidak dibenarkan dalam pertandingan nasyid..sebab kalau nak dikira, pernyataan menyatakan
alat muzik yang bertali ni haram..tapi kibod adalah alat muzik elektronik yang tidak menggunakan sebarang tali pun.

**Bagi saya semua bergantung atas niat,jika niat ingin berdakwah tak salah kita menggunakannya untuk menyeru umatnya ke jalan yang benar..Allahualam..



** Ada juga setengah guru tu menggunakan unsur 'Acapella' dalam persembahannya
'Acapella' ni bagi guru2 yang belum tahu- ia merupakan satu muzik yang hanya menggunakan
suara sahaja dalam nyanyian mereka.Suara diubah dijadikan unsur muzik yang menarik.
Sebenarnya muzik 'Acapella' ni berasal dari afrika sewaktu perpindahan mereka sebagai hamba
yang dibawa ke Amerika..

**Cikgu-cikgu boleh mencuba,pasti menarik.


b) Ahli Kumpulan - mestilah lelaki sahaja / perempuan sahaja
- jumlah ahli paling ramai 12 orang rasanya, saya tidak pasti

** Seelok2nya cikgu-cikgu,ustad2 dan ustazah2 maximumkan lah kekuatan anggota tu OK.



SISTEM PEMARKAHAN

Sistem permarkahan buat masa ini apa yang saya lihat tidak dinilai dari segi kualiti muzik yang dihasilkan..mm.sukar untuk saya berkongsi dengan cikgu-cikgu,ustad,dan ustazah...kerana setiap kali pertandingan pasti ada keputusan yang memeranjatkan....kekadang lagu,nyanyian dan suara tak berapa nak dengar,tempo lintang pukang, alat muzik adala satu..tapi pakaian rambu-ramba..pun boleh jadi Johan..mm.cikgu-cikgu pikirla sendiri yerk...

**Tapi yang pasti, bila kita hasilkan suatu irama lagu dan muzik itu biarlah kita sendiri sedap mendengar..tapi kalau kita sendiri tak sedap dengar...macam mana nak buat persembahan bagi orang lain dengar,betul tak..?!Kalau tak reti, tanya orang yang reti..jangan main langgar jer..

*** Yang lain saya tak pasti tetapi jika ada sebarang penambahan dan pengetahuan berdasarkan pengalaman atau fakta bertulis harap dapat kita kongsi bersama agar muzik yang dihasilkan lebih bernilai.

**Mmm..buat masa ni,saya belum nampak lagi juri atau pengadil yang betul2 menilai tahap
kualiti penghasilan karya dalam persembahan nasyid.Keputusan pengadilan kadang-kadang
sukar dijangka.

**Saya pernah melihat pertandingan nasyid yang dianjurkan oleh kurikulum agama Islam pada
tahun 2005-2007.Semua orang menjangkakan kumpulan agama Islam dari kumpulan ini akan memenangi pertandingan tersebut...tapi sungguh memeranjatkan bila diumumkan
nama kumpulan ini langsung tidak ada dalam senarai pemenang..ish3.Allahuakbar..

**Bila dilihat kerapkali pertandingan nasyid diadili oleh ustad2 dan ustazah2..bukannya
menyangkal keputusan dan kebijaksanaan pengadil tetapi seharusnya bila mengadakan
pertandingan seumpama ini semua orang berkehendakkan keputusan yang logik dalam
pertandingan..biarlah orang yang arif dalam bidang yang dikhususkan menjadi pengadil
barulah industri muzik dan irama muzik dakwah boleh berada pada tahap yang kemuncak.

*** 'Kita cuba lakukan yang terbaik agar irama dan lagu bergerak seiring,kita sendiri yang menilai kualiti sebuah karya yang dihasilkan.Kalah dan menang adalah adat pertandingan yang penting kita cuba menghasilkan sesuatu yang bernilai.'

4 comments:

  1. Assalamualaikum, saya amat bersetuju dgn pendapat anda. Kadang2 yang ingin diketengahkan hanyalah NASYID itu sendiri tanpa memikirkan bahawa muzik itu adalah universal. Banyak kali berlaku, hakim sendiri tidak arif malah JARANG mendengar nasyid malah TIDAK AMBIL TAHU akan perkembangan nasyid tanahair. Maka akan berlakulah unsur ciplak secara total atau separuh atau sedikit2 yang seterusnya menobatkan kum;pulan tersebut sbg pemenang. Hakim sendiri tidak tahu bahawa itu adalah lagu kumpulan lain. Macam mana nak nilai KEASLIAN sesebuah lagu yg bertanding? akibatnya, kumpoulan yg bersusah payah membuat lagu dan lirik sendiri DITOLAK ke bawah. Di mana konsep keadilan ustaz dan ustazah? Hakim kena ARIF dlm erti kata, MENJIWAI nasyid itu sendiri.

    ReplyDelete
  2. Lagi satu, sepatutnya urusetia kena ADIL dan TIDAK "BIAS" atau berat sebelah, atau ada apa2 unsur prejudis terhadap sesebuah sekolah. Perlu diingatkan, jika kita mahu irama nasyid ini dijiwai dan disukai oleh pelajar, maka NIAT kita adalah berdakwah dan memberi alternatif kepada pelajar untuk berhibur. Maka, seiring dengan ingin memartabatkan irama nasyid dan disertai sebanyak mungkin oleh sekolah lain, AMAT WAJAR memberi sokongan kepada sekolah yang sering mendahulukan pelajar dalam menimba ilmu, menyertai pertandingan dan mencari pengalaman melalui pertandingan nasyid yg disertai. Jika mentaliti bahawa SEKOLAh ITULAH MESTI JUARA dan AKAN TETAP JUARA, maka adalah tidak adil dan amat tidak wajar. SIKAP seperti perlu dikikis bahawa pasukan yang kalah wajar diberi peluang utk memahami apakah kelemahan mereka dengan memberi komen2 membina untuk peningkatan kumpulan tersebut pada masa akan datang. Komen adil daripada pihak juri wajar diberitahu atau dimakulmkan kepada setiap pasukan yg bertanding. BArulah kumpulan lain dapat memperbaiki kelemahan mereka. Jika sudah ada mentaliti bahawa satu2 sekolah yg MESTI menang dan MEMANG HEBAT, saya rasa baik jgn anjurkan.....hantar sahaja sekolah tersebut kerana matlamat utk menarik perhaian sekolah lain mnyertai dan mengingkatkan mutu persembahan tidak akan tercpai.

    ReplyDelete
  3. UNSUR2 QASIDAH adalah tidak wajib, dan jika ada merupakan satu kelebihan yg ada pada kumpulan terbabit. NAmun ianya masih tidak wajib dan tidak patut dijadikan sebagai PENYEBAB keseluruhan bahawa sesuatu kumpulan itu tidak hebat. Saya tidak faham apabila ada hakim dengan sewenang2nya mkengatakan bahawa sesuatu kumpulan itu ada membawa unsur2 ROCK dalam lagu, bahagian mana yg juri dengar bahawa itu adalah ROCK amatlah sempit dan hanya bersifat PERIBADI. Sebab hakim sendiri kurang arif. Saya pernah menerima kritikan tersebut dan amat meranjatkan kerana lagu yg saya buat utk tema padang pasir, semuanya melalui RUJUKAN pada lagu bayati, bayati husaini, hijjaz, nahuwan, ras, jaharkah dll. Saya rasa hakim juga tidak tahu tarannum dan sewenang2nya dijadikan hakim dalam menilai LAGU. Adakah adil ustaz dan ustazah? Hakikatnya, dlm pertandingan tersebut, SUARA, LAGU dan LIRIK membawa markah yg tinggi, dan persembahan hanya sedikit shj peratusannya. WAJIB bagi hakim yang menilai lagu TAHU APA ITU TARANNUM DAN QASIDAH.

    ReplyDelete
  4. Mm..betul..tetapi sekarang...kebanyakkan juri main tangkap muat jer..susah bagi muzik nasyid berkembang..jika masalah mcmni kerap berlaku

    ReplyDelete