KEhiDUPan Guru

BLOG INI DIHASILKAN UNTUK BERKONGSI KEHIDUPAN DALAM DUNIA PERGURUAN / PENDIDIKAN

KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MEMPUNYAI PANDANGAN, IDEA,PENGALAMAN,PENGETAHUAN DAN GAMBAR/VIDEO UNTUK DIKONGSI BERSAMA..SAYA AMAT MENGALUKAN..




Wednesday, January 11, 2012

> ISU MUZIK DALAM AL-QURAN

aLAMAK..LAGU MANA CERITA NIEH..!! haii..camNer PuLak Kami sebagai Guru yang cuba melaksanakan tugas dan tanggungjawab Dasar Pendidikan Negara ni?



NYANYIAN DAN MUZIK MENURUT AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH

Apabila kita membicarakan isu mengenai nyanyian dan muzik, setiap umat Islam hendaklah  melihat isu dengan kaca mata ilmu yang benar. Kita tidak boleh mengutip apa sahaja pandangan yang dikeluarkan tanpa menilai sedalam-dalamnya dan bagaimana kesannya kepada umat. Kita perlu sedar bahawa zaman kita ini bukanlah zaman yang terbaik bahkan kalau kita lihat daripada hadis-hadis Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) menerangkan bahawa zaman ini adalah zaman yang dipenuhi dengan kerosakan dan kefasadan. Zaman ini disebut sebagai zaman di ambang Kiamat.
Ramai juga di kalangan umat Islam termasuk ulamanya beranggapan bahawa isu mengenai nyanyian dan muzik adalah masalah khilafiyyah. Benarkah? Kita ingin bertanya kepada mereka apakah yang mereka maksudkan dengan ‘khilafiyyah’?
Adakah setiap pandangan yang berbeza harus dianggap perkara khilafiyyah? Kalau itu yang mereka maksudkan, kita ingin bertanya kepada mereka mana satu dalam urusan agama ini yang tidak ada perbezaan pandangan
Hatta, ada yang mengatakan bilangan solat yang difardhukan hanya 3 waktu, ada yang mengatakan tidak ada azab kubur, ada yang mengatakan rambut wanita bukan aurat dan bermacam-macam lagi. Adakah perkara-perkara ini boleh dianggap perkara khilafiyyah? Kalau pandangan seperti ini dibenarkan, tidak hairanlah hari ini dan pada masa akan datang, bermacam-macam lagi fatwa pelik dan mengelirukan yang akan dikeluarkan bagi mencemar dan merosakkan Islam dan umat Islam. Umat Islam akan tersesat dari jalan agama yang benar kerana masing-masing mahu berpegang kepada apa juga pandangan yang disukainya dengan alasan khilafiyyah.
Kami ingin menegaskan bahawa umat Islam akan berada di jalan yang benar selagi mana mereka berpegang kepada ijtihad para imam mujtahid yang empat iaitu dari mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hambali. Majoriti umat Islam di dalam dunia ini dari dahulu hingga kini berpegang kepada ijtihad empat imam mazhab yang besar ini. Selain daripada pandangan mereka ini, tidak ada jaminan kebenarannya. Dalam satu hadis riwayat Ibnu Umar, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda yang bermaksud; 
“Sesungguhnya Allah (subhanahuwata’ala) tidak sepakatkan umat Islam di atas kesesatan, dan tangan Allah (rahmatnya) di atas jemaah ramai (umat Islam) dan siapa yang memencilkan dirinya (dari jemaah tersebut) terpencillah ia ke dalam api (neraka).”  (Hadis riwayat at-Tirmizi, Jami’ Saghir 1/278)
Kita menginsafi bahawa para imam mujtahid bukanlah maksum, mungkin terdapat kelemahan dalam fatwa-fatwa mereka, tetapi kelemahan mereka ditampung oleh para imam mujtahid yang lain.  Namun, ijtihad mereka sah diamalkan oleh umat walaupun ada sebahagian pendapat mereka lemah jika dibandingkan di antara satu sama lain.  Ini bermakna dalam hal-hal tertentu umat Islam boleh bertaqlid kepada mazhab lain.  Di samping itu, kita menerima ijtihad baru dalam perkara-perkara baru jika tidak terdapat dalam mana-mana ijtihad imam mazhab tetapi ia mesti dilakukan oleh para ulama’ atau mufti yang berautoriti dan mengikut kaedah dan disiplin ilmu yang betul.
Kita berpandangan jika ada mana-mana pandangan yang berlainan dari ijtihad imam mujtahid yang empat ini, ia adalah pandangan peribadi dan ia ditolak. Kita tegaskan bahawa sekiranya para imam yang empat ini sepakat dalam satu perkara, ia dianggap ihtifaq dan ijmak iaitu tidak ada khilafnya.  
Dalam isu nyanyian dan muzik ini, kita berpegang pada pendapat empat mazhab yang besar iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hambali. Kesemua empat mazhab ini telah mengharamkan nyanyian dan muzik (palu-paluan, tarian, gendang dan bunyi-bunyian). Sekalipun pujian dan syair itu memuji Allah (subhanahu wata’ala), jika disertai dengan muzik, ia dikira haram.
Dalam al-Qur’an ada beberapa ayat yang mengharamkan muzik dan terdapat amaran dan celaan terhadap mereka yang terlibat dengannya. Ulama’ fiqh dan ulama’ hadis juga telah menjelaskannya dan kesemua mereka (ihtifaq) sepakat dalam perkara ini.
Pendapat dari Imam-Imam besar, ulama fiqh: -
1. Imam Abu Hanifah, Qadhi Iyadh, Qurtubi, Mawardi, Qadhi Abu Toyyib mengharamkan nyanyian.
2. Ahli (fuqaha) Basrah, ahli Kufah seperti Sufian Suri, Imam Hammad, Ibrahim Nakhaei, Imam Sya’bi menyatakan bahawa nyanyian adalah haram, tiada ikhtilaf.
3. Imam Syafi’i dan ulamanya, nyanyian adalah haram (Tafsir Ruhul Ma’ani 69, Jilid 21).
4. Dinaqalkan dari Imam Malik bahawa nyanyian, penyanyi dan mendengarnya adalah dilarang. Siapa yang membeli hamba perempuan (dari kalangan penyanyi), maka hamba itu boleh dijual balik kerana adanya aib dan boleh diminta untuk dikembalikan wangnya.
5. Imam Ahmad Ibnu Hambal menyebut perkara yang sama seperti di atas.
6. Masalik Hambali, dalam syarah Kitab Musnad, sebulat pendapat semua ulama Hambali menyatakan bahawa nyanyian adalah haram (Tafsir Ruhul Ma’ani 69 Jilid 21).
7. Kitab Muhtafaq menyatakan bahawa setiap paluan, nyanyian dan yang mendengarnya adalah haram.
8. Fatwa Kubra juga menyebut perkara yang sama. Rujuk tafsir Mazhari mukasurat 260, Jilid 7.
9. Kitab mazhab Hanafi yang masyhur, “Hidayah”, Jilid 3, Kitab Syahadah menyebutkan bahawa saksi dari kalangan penyanyi tidak diterima kerana dia telah terlibat dengan dosa besar iaitu mengumpulkan orang ramai mendengar nyanyiannya Begitu juga penyanyi perempuan, pemukul gendang, seruling, peniup serunai, kesaksian mereka tidak diterima di mahkamah Islam kerana telah fasiq.
10. Kitab Fatawa Khaniyah juga menyebut perkara yang sama seperti di atas dalam kitab Syahadah.
11. Kitab Hanafi “Jiadat”  menyebut bahwa penyanyi perempuan dan lelaki di saat kematiannya, bila membuat wasiat dalam perkara-perkara tersebut di sisi kami dan ahli kitab adalah dosa.  (Tafsir Ruhul Ma’ani).
12. Kitab Bahrul Raiq, Jilid 7 mukasurat 88, dalam Tatar Khaniyah menyebut nyanyian adalah dosa besar walaupun nyanyian itu adalah untuk diri sendiri tanpa didengari orang lain. Nyanyian adalah haram dalam semua mazhab.
13. Kitab Mustafa juga menyebut bahawa semua mazhab mengharamkan muzik.
14. Allamah Qadhi Thanaullah Uthmani menulis dalam Tafsir Mazhari Jilid 7, mukasurat 260 menyebut bahawa pada semua ulama fuqaha menyatakan bahawa tiap-tiap jenis paluan gong gendang dan sebagainya adalah haram.
15. Allamah Bazzazi dalam Manaqib telah menulis bahawa pengharaman nyanyian adalah sebulat pendapat, jika disertai alat muzik seperti seruling dan sebagainya.
16. Allamah Ibnu Jarir menulis bahawa ulama sezamannya telah sebulat pendapat di atas nyanyian haram dan lazim melarangnya dalam kitab Mawahibur Rahman Jld. 21).
17. Ibnu Shalah dalam fatwanya ada menulis bahawa selepas berbahas panjang lebar tentang permasalahan nyanyian dan mendengarnya, telah sebulat pendapat para ulama  (ahli hillu wal ’aqd) mengatakan ia adalah haram.
18. Allamah Khatsaani menulis bahawa sesiapa yang duduk mengelilingi (berkumpul) untuk menikmati kesedapan muzik, gugurlah dari menjadi orang adil (iaitu menjadi orang fasiq) sekalipun dia tidak minum arak pada masa itu.
19. Muhaqqiq Ibnu Humam (ulama Mesir) dan para ulama feqah telah menjelaskan iaitu berseronok-seronok ataupun mencari harta melalui nyanyian, sebulat pendapat adalah haram, dan tiada ikhtilaf dalam perkara ini. (dalam kitab Fathul Qadir, jilid 6, mukasurat 35).
Di antara dalil-dalil pengharaman nyanyian dan muzik berdasarkan al-Qur’an: -
Al-An’am [112] “Dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin,setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu”.
Al-An’am [121] “Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) Yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana Sesungguhnya Yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik.
Al-Hajj [52] “Dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul atau seorang Nabi melainkan apabila ia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada ugama Allah yang dibawanya), maka syaitan pun melemparkan hasutannya (bisikannya) mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya; oleh itu, Allah segera menghapuskan apa Yang telah diganggu oleh syaitan, kemudian Allah menetapkan ayat-ayatNya Dengan kukuhnya; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Luqman [6] Dan ada di antara manusia, orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab Yang menghinakan.”
Al-Qashash [55] “Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: “Bagi Kami amal Kami dan bagi kamu pula amal kamu; Selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil.”
Al-Israa’ [63 – 64] “Allah berfirman (kepada iblis): “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut – campurlah Dengan mereka Dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. padahal tidak ada Yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.”
Di antara hadis-hadis Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) yang melarang nyanyian dan muzik adalah seperti berikut: -
Hadis Pertama
“Akan ada di kalangan umatku sejumlah kaum yangmenghalalkan zina, sutera, khamr, alat muzik dan beberapa kaum akan mendatangi tempat yang terletak dekat gunung tinggi lalu mereka didatangi orang yang berjalan kaki untuk sesuatu keperluan. Lastas mereka berkata: “Kembalilah ke mari esok.” Pada malam harinya Allah menimpakan gunung tersebut kepada mereka dan sebahagian yang lain dikutuk menjadi monyet dan babi hingga hari kiamat.” (Hadis sahih al-Bukhari)
Hadis Kedua
Daripada Ibnu Mas’ud (radiallahu‘anh) bahawa Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda, “Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak adam, dan malaikat juga ada bisikannya, adapun bisikan syaitan itu adalah galakan supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan malaikat pula ialah galakan supaya ialah galakan supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaran, oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dan an-Nasai)
Hadis Ketiga
Dari Jabir (radiallahu‘anh) Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda, “Sesungguhnya aku tidak melarang mengeluarkan air mata (menangis), akan tetapi aku melarang dari dua suara yang bodoh lagi fajir. Suara ketika mendapat nikmat, iaitu gurauan, permainan dan senandung syaitan.  Dan suara ketika mendapat musibah iaitu menampar muka, mengoyak pakaian dan jeritan syaitan.”  (Hadis riwayat at-Tirmizi, al-Mustadrak, Sunan Kubra dan lain-lain)
Hadis Keempat
“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas umatku, khamr, judi. minuman keras dari perahan gandum dan kuubah (gendang) dan qinnin (drum).  Dan menambahkan untukku solat witir.”(Shahih al-Jami’)
Hadis Kelima
“Akan terjadi pada umat ini azab berupa pembenaman, penghujanan dan perubahan bentuk (masakh). Iaitu apabila mereka telah meminum khamr, mengambil penyanyi wanita dan memainkan alat muzik.” (Silsilah Shahihah, al-Albani)
Sebenarnya banyak hadis-hadis Rasulullah (sallahu‘alaihi wasalam) yang melarang nyanyian dan muzik yang tidak dapat dikemukakan dalam tulisan ini.

No comments:

Post a Comment