KEhiDUPan Guru

BLOG INI DIHASILKAN UNTUK BERKONGSI KEHIDUPAN DALAM DUNIA PERGURUAN / PENDIDIKAN

KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MEMPUNYAI PANDANGAN, IDEA,PENGALAMAN,PENGETAHUAN DAN GAMBAR/VIDEO UNTUK DIKONGSI BERSAMA..SAYA AMAT MENGALUKAN..




Thursday, May 31, 2012

PERSEMBAHAN HARI GURU 2012

lagu tema hari guru 2012



Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan seperjuangan sekalian. Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Pada pagi yang mulia ini, saya merakamkan penghargaan kerana diberi kesempatan menyampaikan sepatah dua kata pada majlis yang bermakna ini.
Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Guru lah menyebabkan kita mengenal huruf dan angka. Huruf yang diajar, dikembangkan menjadi suku kata, perkataan dan seterusnya ayat. Menerusi huruf, kita mampu mengira ribuan angka. Semuanya kita peroleh menerusi dedikasi guru yang berterusan mendidik tanpa mengenal penat dan lelah.

Cikgu-cikgu yang dikasihi,

Pengorbanan guru bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan untuk kita lulus dalam menghadapi peperiksaan sahaja, tetapi juga untuk membentuk akhlak kita untuk menjadi insan yang berhemah, tahu menghargai orang tua, dan mencintai tanah air kita. Sebab itulah setiap kali perhimpunan, para guru akan menegur kita sekiranya kita melakukan sesuatu kesalahan.

Guru ibarat ibu bapa kita. Guru telah diberi amanah oleh ibu bapa kita untuk memastikan kita menjadi seorang insane yang berguna di masa hadapan. Sepanjang kami berada di sekolah, mungkin ada tingkah laku kami yang melukakan hati cikgu. Saya mewakili teman-teman yang lain menyusun jari memohon ampun atas segala kesalahan yang kami telah lakukan.

Para guru dan rakan-rakan yang disayangi,

Pada majlis ini, kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Tuhan dengan tubuh badan yang sihat. Malah kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR kelak.
Demikianlah serba sedikit ucapan dari anak muridmu di pagi yang mulia ini. Sebelum mengundur diri, ingin saya pohon beribu ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa lalu menyinggung perasaan cikgu-cikgu yang dikasihi.

Di Mana Ada Kemahuan,
Di Situ Ada Jalan;
Jasamu Guru Tak Akan Dilupakan,
Budimu Guru Sentiasa Dalam Ingatan.

Sekian.



sajak:Cikgu

cikgu kita,semuanya
tiada lepas siksa
suka dan duka silih berganti
sudah takdirnya yang maha suci

tetapi,cikgu kita
sememangnya..berusaha
bahagia tak kan datang sendiri
jika kita tiada mencari

korus
ooo..ooo..oooo
berdepan  pelbagai cubaan

oooo..ooo..0000
Membentuk bangsa  berwawasan,

Cikgu kita,semuanya
 tegas dan berwibawa
baikbudi  berhati mulia
Engkau penyuluh hidup anak bangsa

Ulang korus



 








sajak2:
SAJAK

Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu
Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu
Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik
Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti
Guru, kau seorang insan yang teristimewa
Baktimu kalahkan bak gunung Everest
Jasamu tidak ternilai harganya
Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu

Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat
Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental
Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan
Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisnya

Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa
Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha
Kau berkaliber dan berhati mulia
Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu

Guru, kau seorang yang bersemangat waja
Kesabaranmu membuat kau betah untuk meneruskan perjuanganmu
Demi membela anak bangsamu untuk maju ke hadapan
Kau sememangnya seseorang yang patut dihargai

Semoga Hari Guru ini akan membuat kau bahagia dan gembira
Doaku agar kau sekalian diberi rahmat dan hidayah dari Illahi
Dengan melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar GURU...



Pantun Hari Guru
Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.


Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.



Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.



Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.



Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.



Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.



Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.



Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.





nasyid:
Guruku

Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku

Chorus:
Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu

Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi

Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku 






Lirik Lagu Sabar – Wani ft Hafiz

Bila ku terkeliru dengan keadaan
Manakah itu benar yang mana itu bukan

Usah kau rasa binggung
Usah kau gelisah
Yakinlah saja padanya
Hadapi dengan sabar

Semua terjadi adalah
Dengan izinnya tuhan

Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap yang belaku
Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap sesuatu yang belaku

Hidup didunia ini penuh dengan cubaan (cubaan)
Harusnya kita menjaga titik kebaikan

Andai timbul keadaan yang makin mencabar
Akan ku hadapi semua penuh dengan sabar

Semua yang terjadi adalah
Dengan izinnya tuhan

Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap yang belaku
Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap sesuatu yang belaku

Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap yang belaku
Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap sesuatu

Senyumlah selalu (senyumlah selalu)
Senyumlah selalu (senyumlah selalu)
Senyumlah selalu